Selamat Datang

Selamat datang ke teratak usang keh yang tak seberapa ini. Maklumlah baru dibina jadi belum siap furnishing dan interior design pun tak complete lagi. Nanti keh dapatkan bantuan dari rakan2 keh yang lain untuk mengindahkan Blog ini seiring dgn usaha SU MDJ yg baru untuk mengindahkan bandar Jerantut tercinta ini. Jemputlah masuk...makan dan minum apa2 yg keh dah sediakan tu...jgn bawak balik dah..huhu

Friday, July 23, 2010


Senamrobik & Poco2 di Dataran MDJ Jerantut

Pada 21hb Julai 2010 jam 6 ptg buat pertama kalinya acara senamrobik secara terbuka telah diadakan di Dataran MDJ.

Kehadiran lebih kurang 200 peserta dari berbilang bangsa majoritinya Melayu mengambil bahagian. Manakala ramai lagi yg hanya memerhati mugkin kerana segan atau hanya sekedar ingin melihat dari luar turut hadir.

Dato Pegawai Daerah dan isteri menerajui kelompok tersebut yg turut disertai oleh Tok Penghulu Wan Shamsuri, wakil2 PU3 UMNO, staf2 MDJ dan jabatan2 Kerajaan lainnya.

Pada sebelah malamnya pula diadakan tayangan filem Adnan Sempit menggunakan skrin lebar hasil usahasama Jabatan Penyiaran.

Aktiviti ini akan diteruskan setiap hari Rabu pada waktu yg sama sehingga ketibaan bulan Ramadhan.

Keh mengusung kamera ke hulu ke hilir jadi tak dapatlah nak join sama. Keh tengok berpeluh2 juga para peserta tu...macam seronok jugak nak join lain kali....heheh

No comments:

Post a Comment