Tawaran Promosi Kain Sutera Terengganu
Yasmine Italian Design & Iman Eksklusif
Promosi Hari Raya - Kain pasang Sutera Terengganu - Yasmine Italian Design yg dijual di KL dengan harga RM500 kini boleh dimiliki dgn hanya RM390.00 sahaja.
Sila datang dan lihat sendiri corak-corak terbaharu kain Sutera Terengganu - Yasmine Italian Design. Anda pasti akan tertawan.
Juga terdapat kain Iman Eksklusif yg ditawarkan
dgn harga RM360.00. Ia didatangkan khas dari
Terengganu.
Design terbaru ini amat sesuai bagi menyambut
kedatangan bulan Syawal yang hampir menjelang.
Cepat dapatkan segera sebelum kehabisan kerana stok terhad.
Anda boleh memilih corak2 yang anda minati.
Sila hubungi Puan Ros di talian 013-9001131 untuk belian sementara stok masih ada.
Jerantut Kampungku
Selamat Datang
Selamat datang ke teratak usang keh yang tak seberapa ini. Maklumlah baru dibina jadi belum siap furnishing dan interior design pun tak complete lagi. Nanti keh dapatkan bantuan dari rakan2 keh yang lain untuk mengindahkan Blog ini seiring dgn usaha SU MDJ yg baru untuk mengindahkan bandar Jerantut tercinta ini. Jemputlah masuk...makan dan minum apa2 yg keh dah sediakan tu...jgn bawak balik dah..huhu
Sunday, July 25, 2010
Saturday, July 24, 2010
Homestay Teratak Zakiah
Homestay Teratak Zakiah milik Tuan Syed Hamzah terletak di Kg
Bukit Dinding lebihkurang 16km dari Bandar Jerantut.
Memiliki 5 jenis bilik yg boleh memuatkan 16 orang, homestay ini amat sesuai untuk para pelajar atau keluarga yg ingin merasai suasana kampung. Pilihan bilik juga mengikut harga yang bersesuaian seperti bilik berhawa dingin atau bilik tanpa hawa dingin.
Package berharga RM250-00 seorang termasuk bilik tidor, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Manakala kos perjalanan ke kawasan2 pelancungan boleh dirunding.
Kedudukan homestay ini adalah di perantaraan kawasan2 kunjungan pelancung seperti Gunung Senyum, Pusat Ternakan Seladang di Kerdau, Gua Gelanggi, Tekam Resort dan lain2.
Bagi yang berminat sila hubung Teratak Zakiah di no telefon 09-2669343 atau Tuan Syed di no telefon 012-9647958 atau 019-9162200.
Friday, July 23, 2010
Ramadhan..oh..Ramadhan
Hari ini dah 12 Syaaban ...dlm 2 minggu lebih lagi saja kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Sayu pulak hati keh tetiba. Bulan untuk kita beribadah dah bermula sejak kedatangan bulan Rajab lagi. Sekarang bulan Syaaban kita menanti Nisfu Syaaban beberapa hari je lagi....selepas itu semua umat Islam akan berpuasa.
Keh harap org kampung keh semua kuat2lah beramal sebab kite ni hidup tak lama. Entah sempat nak sambut Hari Raya ke tidak. Mana2 yg ada orang tua kat kampung tu jenguk2lah mereka. Mana tau di Hari Raya nanti bukan kita tak dapat tenguk dia orang tapi dia orang yg tak dapat tengok kita...
Bagi yg bermusuhan atau yg bermasam muka walau kerana apa jua hal dan sebab tu cuba2lah bawak bermaaf2an...jgn tunggu Hari Raya je nanti...mana tau x sempat jumpa sebab sibuk beraya ke sana sini. Tak termaaf juga akhirnya.
Mana2 orang kampung keh yg berada sikit tuh perbanyakkanlah bersedekah. Ramai lagi yg susah lagi miskin terutama yg bergaji kecil dan anak pulak ramai atau ibu tunggal yg mempunyai banyak tanggungan tu atau yg sedang sakit dan tidak boleh bekerja....pendek kata ramailah yg masih perlu dibantu dalam masyarakat kita ni. Cari jelah...atau tanyakan kpd Tok2 Penghulu atau Tok 4 atau JKKK di mana2 kampung tuh mesti jumpa keluarga yg perlu bantuan tu. Janganlah harap sangat pada bantuan dari Baitulmal atau sumbangan ahli Politik tu...berapa sangat yg dia org dapat bantu....
Lagi satu keh sarankan kita rajin2 pergi ke Mesjid atau surau2 dan perbanyakkan amal ibadat. Ramaikan lagi jemaah di mesjid2 dan surau2 kita tu. Kalau dilihat pada hari2 biasa nih suram je keadaan surau & mesjid tu. Banyak sangat ruang kosong nya... Kesian kat mesjid tu...dibina berjuta ringgit tai tak digunakan sepenuhnya....
Last sekali apa yg keh kata ni bukan untuk orang lain sebenarnya untuk mengingatkan keh sendiri ...hehehe
Ayuh beramal kiter........

Senamrobik & Poco2 di Dataran MDJ Jerantut
Pada 21hb Julai 2010 jam 6 ptg buat pertama kalinya acara senamrobik secara terbuka telah diadakan di Dataran MDJ.
Kehadiran lebih kurang 200 peserta dari berbilang bangsa majoritinya Melayu mengambil bahagian. Manakala ramai lagi yg hanya memerhati mugkin kerana segan atau hanya sekedar ingin melihat dari luar turut hadir.
Dato Pegawai Daerah dan isteri menerajui kelompok tersebut yg turut disertai oleh Tok Penghulu Wan Shamsuri, wakil2 PU3 UMNO, staf2 MDJ dan jabatan2 Kerajaan lainnya.
Pada sebelah malamnya pula diadakan tayangan filem Adnan Sempit menggunakan skrin lebar hasil usahasama Jabatan Penyiaran.
Aktiviti ini akan diteruskan setiap hari Rabu pada waktu yg sama sehingga ketibaan bulan Ramadhan.
Keh mengusung kamera ke hulu ke hilir jadi tak dapatlah nak join sama. Keh tengok berpeluh2 juga para peserta tu...macam seronok jugak nak join lain kali....heheh
Muqaddimah
Assalamualaikum.
Salam takzim dari keh kpd semua warga Jerantut. Blog ini adalah kesinambungan dari facebook Jerantut Kampungku yg dimulakan dalam bulan Mac yg lalu. Sehingga kini telah mencecah lebih dari 5000 rakan.
Disini keh akan kumpulkan dan susunatur semula topik2 dan album2 yg terdapat di facebook Jerantut Kampungku supaya lebih mudah untuk menerokai subjek2 yg deme minati.
Juga diharap dapat menggunakan ruang ini utk mempromosikan perniagaan rakan2 bumiputera kita yg ada di Jerantut mahupun diluar Jerantut tapi dimiliki oleh warga Jerantut.
Sebarang perbahasan atau idea yg bernas adalah dialu-alukan. Manakala yg merepek meraban dan yg menggunakan bahase yg tak sedap didengar akan keh delete dan blacklistkan penghantar message itu.
Jadi berhati2lah dijalanraya dan amalkan sopan santun sebagai budaya kita....hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)